Give the Best

KERJA KURSUS PENDEK WAJ 3109 ( PERMAINAN BOLA TAMPAR ) Bagi PISMP – Ambilan Januari 2011 ( Unit J )

26/07/2011 22:19

 

KERJA KURSUS PENDEK

 

   JENIS KOKURIKULUM : WAJ 3109  ( PERMAINAN BOLA TAMPAR )

   KUMPULAN                      : PISMP – Ambilan Januari 2011 ( Unit J )

                                                                 

  

   Hasil Pembelajaran :

 

  1. Menganalisis konsep, matlamat dan strategi pelaksanaan permainan di sekolah;
  2. Menguasai pengetahuan dan kemahiran asas permainan Bola Tampar ;
  3. Membentuk kemahiran bagi menilai pencapaian bakat dan potensi pelajar dalam permainan Bola Tampar
  4. Membentuk sikap dan nilai positif yang berterusan dalam kepimpinan dan aktiviti permainan Bola Tampar.

  

   Objektif Tugasan Kerja Kursus Pendek :

 Memberi pendedahan dari segi teori dan praktikal berkaitan dengan permainan bola tampar.

  1. Menguasai pengetahuan dan kemahiran tentang lima kemahiran asas seperti servis, menyangga, mengumpan, merejam dan menghadang amat ditikberatkan bagi membolehkan pelajar dapat menguasai asas dalam permainan bola tampar.
  2. Mengetahui dan memahami aspek asas kejurulatihan, pengurusan dan kepengadilan dalam permainan Bola Tampar.

  

 

 

Spesifikasi/ Kerja Kursus Pendek

 

 

Tugasan

 

Wajaran

 

1. Penyediaan Kertas Kerja

 

   Penulisan Kertas Kerja   

   secara Kumpulan

 

(6 orang setiap kumpulan )

 

 

Hasilkan satu cadangan Kertas Kerja Pengelolaan Pertandingan Bola Tampar / Kursus Kepengadilan / Kursus Kejurulatihan ( tidak kurang daripada 8 muka surat ) berkenaan permainan Bola Tampar  dengan berpandukan perkara-perkara berikut:

  • Tajuk Kertas Kerja, Tarikh, Tempat, Objektif, Rasional
  • Kumpulan Sasaran, Anggaran Perbelanjaan
  • Pembentukan Jawatankuasa Pengelola
  • Peraturan dan Undang-undang Permainan, Sistem Pertandingan
  • Borang dan Dokumen Berkaitan
  • Jadual Tentatif Pertandingan / Kursus
  • Surat Jemputan Penceramah Kursus
  • Lain-lain

 

 

 

 

30%

2.a) Kemahiran Asas

       Permainan Bola   

       Tampar 

             ( individu )

 

  b) Sesi  Latihan Amali

 

 

 

 

  1. Menguji 3 (tiga) kemahiran asas permainan Bola Tamprr

      secara individu,

  1. Pelajar melakukan servis, menyangga dan mengumpan.

 

 

  1. Mengendalikan latihan mengenai permainan dan strategi yang biasa di lakukan oleh Jurulatih dalam permainan bola tampar. Penekanan kepada pergerakan dan cara mengawal bola servis.

     2.    Pelajar menjalankan tugas sebagai seorang pengadil atau 

            pengurus.

 

 

30%

 

 

 

 

30%

Sikap dan Sahsiah

 

Berdasarkan pengalaman penghasilan, kolaboratif, komitmen, tanggungjawab dan tumpuan kepada kerja kursus.

 

 

10%

 

                                                                                                 

                                                                                                    Jumlah

 

 

100%

 

Disediakan oleh :

                                   Dr. Lee See Seng

                                   Ketua Jurulatih Bola Tampar

                                   Unit Kokurikulum

                                  IPG Kampus Ipoh.

Back

Search site

© 2011 All rights reserved.